Tuesday, October 1, 2013

Salam pembukaan!

PENGENALAN SURAU AL-HIDAYAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA,BESERI,PERLIS.



Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah.

Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama Islam.

Sehubungan itu, Surau Al-Hidayah Sekolah Kebangsaan Paya telah mengorak langkah satu pasukan dengan menyusun pelbagai program dan aktiviti sesuai dengan visi, misi dan matlamat Surau Al-Hidayah bagi memastikan pelajar cemerlang dunia dan akhirat.

Program-program seperti Program membudayakan Al-Quran, Solat berjemaah, Kem Bestari Solat, Qiamullail, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan kebanyakkannya dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta menghidupkan suasana di surau.

Bukan itu sahaja segala aktiviti yang difikirkan sesuai dan boleh menambahkan pengetahuan murid boleh dilaksanakan disurau ini. Contohnya pertandingan kuiz , mewarna , menulis karangan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment