Sunday, October 6, 2013

Pembentangan LDK Kem Bestari Solat Tahun 6

Selepas UPSR,Panitia Pendidikan Islam diberikan slot setiap Jumaat bagi mengendalikan aktiviti tazkirah.

Justeru,pelbagai inisiatif diambil bagi mengisi masa anak-anak ini bagi memberikan bekalan kepada mereka sebelum memasuki sekolah menengah.Antaranya ialah siri pembentangan LDK ....

Kumpulan 1 yang mendapat tajuk " Wuduk,rukun dan sunat wuduk."

Khusyuk berbincang.

Anak didik yang bakal dewasa.

Serikandi SK Paya.

Malu sampai tak mau tengok depan na.

Bincang baik-baik.

Saturday, October 5, 2013

Kem Bestari Solat Tahun 5

Bismillahirrahmanirrahim.

Tanggal 4 Oktober lalu,Panitia kami berjaya melaksanakan Kem Bestari Solat Tahun 5 fasa 2.Dengan ini,secara rasminya tamatlah sudah siri Kem Solat pada tahun ini.

Sekalung penghargaan kepada pihak pentadbir sekolah,semua guru-guru SK Paya dan fasilitator jemputan dari sekolah MATRI.

Segala jasa baik kalian,hanya Allah yang mampu membalasnya.








Thursday, October 3, 2013

Kem Bestari Solat Tahun 6

Alhamdulillah pada hari ini Panitia Pend.Islam & j-QAF melaksanakan Kem Bestari Solat kali ke-2 di samping program lepas UPSR pada tahun ini.Semoga anak-anak semua dapat mengamalkan solat kalian dengan sempurna.

Tentatif program:

7.40-8.40  : Ulangan silibus Pend Islam Tahun 6

8.40-9.40  : TAyangan CD Kem Bestari Solat

9.40-10.15 : Amali Wuduk

10.30-11.00: Rehat

11.00-11.30: Amali wuduk

11.30-12.30:Amali tayammum


Jom kita tengok wajah-wajah mereka.

Murid Tahun 6

Dikendalikan oleh Ustazah Asma.

Semuanya khusyuk ya...









Semoga amalan yang sedikit ini dapat membantu kita semua di akhirat kelak.





Tuesday, October 1, 2013

Salam pembukaan!

PENGENALAN SURAU AL-HIDAYAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA,BESERI,PERLIS.



Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah.

Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama Islam.

Sehubungan itu, Surau Al-Hidayah Sekolah Kebangsaan Paya telah mengorak langkah satu pasukan dengan menyusun pelbagai program dan aktiviti sesuai dengan visi, misi dan matlamat Surau Al-Hidayah bagi memastikan pelajar cemerlang dunia dan akhirat.

Program-program seperti Program membudayakan Al-Quran, Solat berjemaah, Kem Bestari Solat, Qiamullail, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan kebanyakkannya dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta menghidupkan suasana di surau.

Bukan itu sahaja segala aktiviti yang difikirkan sesuai dan boleh menambahkan pengetahuan murid boleh dilaksanakan disurau ini. Contohnya pertandingan kuiz , mewarna , menulis karangan dan sebagainya.