PENGENALAN SURAU AL-HIDAYAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA,BESERI,PERLIS.
Surau sekolah
merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat
untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau
berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di
sekolah.
Selain menjadi tempat
untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai pusat
ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama
Islam.
Sehubungan itu, Surau
Al-Hidayah Sekolah Kebangsaan Paya telah mengorak langkah satu pasukan dengan
menyusun pelbagai program dan aktiviti sesuai dengan visi, misi dan matlamat
Surau Al-Hidayah bagi memastikan pelajar cemerlang dunia dan akhirat.
Program-program
seperti Program membudayakan Al-Quran, Solat berjemaah, Kem Bestari Solat, Qiamullail,
ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan
kebanyakkannya dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta menghidupkan
suasana di surau.
Bukan itu sahaja segala aktiviti
yang difikirkan sesuai dan boleh menambahkan pengetahuan murid boleh dilaksanakan
disurau ini. Contohnya pertandingan kuiz , mewarna , menulis karangan dan
sebagainya.